Share Musicc Lovers

Share Musicc Chat Box

Suggest Song Here|Chatting|Report Broken Link|

online counter

SHARE MUSICC WIDGET!

Nuffnang Ads

NABIL RAJA LAWAK NAK KAHWIN

Berita mengenai artis akan berkahwin pastinya akan mendapat perhatian daripada peminat mereka.Seperti yang diketahui umum,Nabil 28(Raja Lawak)telahpun membuat pengakuan eksklusif bahawa beliau akan mendirikan rumahtangga dengan Nazira Ayub 23,menurut sumber ohbulan .com mereka akan diijabkabulkan pada 30 September 2011 di Masjid Wilayah dan majlis resepsi dirancang pada 2 Oktober 2011 bertempat di bandar I-City,Shah Alam
GAMBAR NAZIRAH AYUB DAN NABIL
Yang best tu,perkahwinan mereka berkonsepkan kartun Wonderland,pastinya ke arah tema keriangan dan keceriaan.Disamping itu, jumlah jemputan dianggarkan berjumlah 1500 orang.Menurut Nabil perkahwinan mereka juga dirancang dalam suasana penuh keserdahanaan dengan kos anggaran RM150 000.

Perkahwinan Nabil & Zira Berkonsepkan Wonderland.
Berseri wajah mereka..ahakss
Ikuti petikan temubual Nabil bersama Ohbulan,apabila ditanya mengenai perkara ini
Saya suka dengan konsep Wonderland kerana suka tengok kartun. Pada saya, biarlah perkahwinan ini dibuat untuk orang yang datang rasa happy & ceria. Saya suka tengok suasana happy, tengok orang tersenyum & enjoy,” kata Nabil mengenai perkahwinan impiannya.
“Jujur kata, saya tak ke arah perkahwinan mewah. Biarlah perkahwinan saya diadakan dalam keadaan serdahana, asalkan orang ramai dapat mendoakan keberkatan perkahwinan kami. Niat saya tak nak membazir, atau nak gah depan orang ramai dengan pakaian bernilai jutaan ringgit.
“Kalau boleh, biarlah para jemputan datang ke majlis saya kerana nak raikan perkahwinan kami. Bukannya nak tengok baju, nak tengok kasut. Perkahwinan kami dirancang mengikut kemampuan saya, andai kata ada yang terlebih, itu datangnya daripada pertolongan ramai pihak seperti Festival Pengantin. Saya percaya, perkahwinan yang berpanjangan datangnya daripada keberkatan doa orang ramai,” jelas Nabil dengan nada rendah diri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...