SELAMA ini, tidak pernah tercatat dalam sejarah pemain bola sepak dibawa menaiki kereta perisai ke stadium. Bagaimanapun, ia berlaku pada perlawanan akhir Piala Suzuki AFF pusingan kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta , Rabu lalu seolah-olah skuad Malaysia menuju ke medan perang.
“Kami menaiki kereta perisai ke stadium. Suasana amat berlainan sekali seolah-olah mahu pergi berperang. Tetapi mental kami kuat dan tidak tunduk kepada tekanan,” kata ketua pasukan, Safiq Rahim menceritakan pengalaman pemain menaiki kereta perisai selepas Malaysia mengalahkan Indonesia dengan agregat 4-2.
Walaupun pemain bimbang dengan keselamatan, satu perkara yang perlu kita tabik ialah kekuatan mental mereka amat tinggi dan ini terbukti apabila mampu menyerap tekanan dalam perlawanan akhir pusingan kedua itu walaupun tewas 2-1.
Tanpa kekuatan mental kita percaya pintu gol Malaysia boleh dibolosi banyak gol berikutan asakan pasukan lawan yang mendapat sokongan 95,000 penyokong sejak awal permainan.
Apa pun menggunakan kereta perisai untuk membawa skuad negara adalah sesuatu yang memalukan Indonesia di mata dunia kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Mungkin selepas insiden itu, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berfikir dua kali untuk memilih negara berkenaan sebagai tuan rumah berikutan tindak-tanduk liar penyokong mereka.
Mengapa terjadi demikian? Semuanya berpunca daripada provokasi melampau dan pelbagai cerita yang tidak masuk akal disiarkan oleh sebahagian media cetak dan elektronikIndonesia menjelang perlawanan akhir itu.
Ada pengamal media negara berkenaan mengetepikan etika kewartawanan tanpa langsung memikirkan kesan akibat tindakan mereka menyiarkan berita provokasi itu. Matlamat mereka hanya satu, memastikan kemenangan Sang Garuda. Ini jelas mempengaruhi sebahagian besar penyokong mereka hingga tidak menghormati langsung pasukan lawan.
Ramai penyokong mempersendakan lagu Negaraku, Jalur Gemilang dipijak dan dibakar, menggunakan kata-kata kesat seperti GanyangMalaysia , Malingsia tanpa mengambil kira perasaan rakyat negara jiran yang selama ini dikatakan serumpun.
Sebaliknya, mediaMalaysia tidak langsung melatah seperti mereka malah memberikan laporan profesional sepanjang pertemuan kedua-dua pasukan. Jika media Malaysia melakukan provokasi kita percaya turut tidak disenangi rakyat Indonesia .
Pengaruh media juga menyebabkan segelintir penyokongIndonesia mengibarkan kain rentang menghina K Rajagobal dan skuad negara ketika berlatih di hotel penginapan.
“Saya tidak tahu apa salah kami sehingga dilayan begini. KetikaIndonesia berkunjung ke Kuala Lumpur kami melayan mereka dengan baik,” kata jurulatih yang berjaya menaikkan nama negara selepas memenangi pingat emas Sukan SEA tahun lalu dan Piala Suzuki, Rabu lalu.
Kebebasan bersuara yang dimiliki selepas zaman pemerintahan Presiden Suharto disalahgunakan hingga etika kewartawanan tidak ada lagi dalam kamus sesetengah media. Perkara paling menyedihkan ialah mereka mengaitkan perlawanan bola sepak dengan politik hingga sanggup membangkitkan kebencian rakyatnya kepadaMalaysia .
Provokasi melampau sebahagian mediaIndonesia terjadi kerana mereka tidak boleh menerima kekalahan 3-0 kepada Malaysia pada perlawanan pusingan pertama lebih-lebih apabila ia dikaitkan dengan insiden laser.
Walaupun jurulatih Sang Garuda, Alfred Riedl mengatakan laser bukan punca kekalahan, mereka masih tidak dapat menerimanya.
Ini kerana sebelum perlawanan pusingan pertama mediaIndonesia begitu yakin bahawa Indonesia akan mengalahkan Malaysia berdasarkan kemenangan 5-1 pada perlawanan pembukaan di tempat sendiri. Kuatnya pengaruh media itu membuatkan pemain dan pegawai Indonesia seronok dibuai pujian melambung disertai dengan jemputan makan di sana sini. Perkara ini diakui oleh Riedl sendiri selepas Sang Garuda dibaham Harimau Malaya di Stadium Bukit Jalil, 26 Disember lalu.
Hakikatnya, Indonesia lebih rela kalah kepada Singapura, Vietnam atau Thailand berbanding Malaysia kerana mereka bongkak, sombong, cemburu, iri hati dan malu jika kecundang kepada negara serumpun. Provokasi mungkin tidak berlaku jika mereka bertemu negara lain. Sungguh mengecewakan.
Wahai media cetak dan elektronikIndonesia termasuk “akhbar nyamuk” belajarlah menerima kekalahan kerana ia sudah menjadi adat pertandingan ada kalah dan menang.
Yang penting mencari kelemahan sendiri bukan menutup kekalahan dengan menuding jari kepada orang lain.Malaysia yang kalah 5-1 di tangan Sang Garuda menerimanya dengan lapang dada kerana kelemahan sendiri tanpa menyalahkan orang lain.
Penulis Pengarang Eksekutif (Rencana) Harian Metro/Metro Ahad http://www.hmetro.com.my/myMetro/Section/index_html?section=Setempat
Mengapa terjadi demikian? Semuanya berpunca daripada provokasi melampau dan pelbagai cerita yang tidak masuk akal disiarkan oleh sebahagian media cetak dan elektronik
Ramai penyokong mempersendakan lagu Negaraku, Jalur Gemilang dipijak dan dibakar, menggunakan kata-kata kesat seperti Ganyang
Sebaliknya, media
Pengaruh media juga menyebabkan segelintir penyokong
“Saya tidak tahu apa salah kami sehingga dilayan begini. Ketika
Kebebasan bersuara yang dimiliki selepas zaman pemerintahan Presiden Suharto disalahgunakan hingga etika kewartawanan tidak ada lagi dalam kamus sesetengah media. Perkara paling menyedihkan ialah mereka mengaitkan perlawanan bola sepak dengan politik hingga sanggup membangkitkan kebencian rakyatnya kepada
Provokasi melampau sebahagian media
Walaupun jurulatih Sang Garuda, Alfred Riedl mengatakan laser bukan punca kekalahan, mereka masih tidak dapat menerimanya.
Ini kerana sebelum perlawanan pusingan pertama media
Hakikatnya, Indonesia lebih rela kalah kepada Singapura, Vietnam atau Thailand berbanding Malaysia kerana mereka bongkak, sombong, cemburu, iri hati dan malu jika kecundang kepada negara serumpun. Provokasi mungkin tidak berlaku jika mereka bertemu negara lain. Sungguh mengecewakan.
Wahai media cetak dan elektronik
Yang penting mencari kelemahan sendiri bukan menutup kekalahan dengan menuding jari kepada orang lain.
Ubahlah mentaliti anda. Belajarlah menulis laporan secara rasional bukan atas dasar cemburu atau marah bak kata pepatah marahkan nyamuk kelambu dibakar. Di mana etika kewartawanan yang diamalkan selama ini?
Sebagai pengamal media kita tidak boleh memikirkan sensasi semata-mata sebaliknya harus mendidik pembaca kepada perkara positif, bukan mengajar mereka menjadi warga negara mentaliti kelas tiga.
Kebebasan bersuara bukan tiket untuk melaporkan sesuatu perkara mengikut perasaan. Ia perlu berlandaskan fakta dan bukti hingga dihormati orang lain. Apa gunanya kebebasan bersuara jika rakyat menjadi huru-hara hingga tidak boleh berfikir secara rasional dalam menghadapi sesuatu perkara.
Sebagai pengamal media kita tidak boleh memikirkan sensasi semata-mata sebaliknya harus mendidik pembaca kepada perkara positif, bukan mengajar mereka menjadi warga negara mentaliti kelas tiga.
Kebebasan bersuara bukan tiket untuk melaporkan sesuatu perkara mengikut perasaan. Ia perlu berlandaskan fakta dan bukti hingga dihormati orang lain. Apa gunanya kebebasan bersuara jika rakyat menjadi huru-hara hingga tidak boleh berfikir secara rasional dalam menghadapi sesuatu perkara.
Penulis Pengarang Eksekutif (Rencana) Harian Metro/Metro Ahad http://www.hmetro.com.my/myMetro/Section/index_html?section=Setempat
No comments:
Post a Comment