Sebut saja tentang Hadiah.. mesti semua orang nak kan? Pemberian hadiah sempena kedatangan tahun baru bukan sekadar memeriahkan pusat membeli-belah.Sebaliknya, konsep bertukar-tukar hadiah merupakan kaedah terbaik untuk memperingati saudara dan sahabat-handai pada permulaan tahun baru.
Berikut adalah panduan mendapatkan hadiah paling ideal sempena tahun baru 2011:
1. Istimewa untuk Kau dan Aku:
Berikan sesuatu yang akan menjadi ingatan buat si dia, di zaman serba maju dan moden ini teknologi semakin berkembang, jika zaman dahulu hanya ada gambar untuk mengimbau kenangan tetapi kini anda boleh membuat sendiri video dan lagu sebagai tanda peringatan dan kaseh sayang anda berdua mengikut kesesuaian dan cita rasa sendiri..
Contoh :
2. Isteriku Bidadari Duniawi:
Suami yang baik memanjakan isteri dan memenuhi segala permintaannya. Sempena kedatangan tahun baru, berikan kejutan istimewa buat permaisuri hidup anda dengan koleksi terbaru tas tangan Paris Hilton. Kepelbagaian trend fesyen musim luruh seperti koleksi Forever, Desire, Gymnastica, Darling, Mademoiselle dan Principessa menyerlahkan kewanitaan isteri kesayangan anda tanpa mengira usia.
3. Suamiku Pelengkap Hidup:
Koleksi jam tangan mewah Kingsquare Roger Dubuis mempunyai keseimbangan harmoni dari segala aspek termasuk rekaan klasik-maskulin, tatahan kristal dan nilam memperincikan keindahan permukaan jam daripada cengkerang kura-kura. Sesuai untuk mengingatkan suami tercinta agar menepati waktu mesyuarat dan waktu pulang ke rumah.
4. Anakku Penyambung Zuriat:
MAC Sir Teddy adalah contoh hadiah terbaik untuk si manja anda. Sebagai penyambung zuriat, adalah penting menerapkan nilai-nilai murni dan dengan setiap pembelian koleksi edisi khas ini, anda dan anak merupakan penyumbang penting bagi dana Kids Helping Kids (KHK) anjuran MAC. Sebagai maskot antarabangsa KHK, Sir Teddy didatangkan dalam dua versi iaitu pemegang kunci atau plush yang lembut dan berwarna-warni.
5. Bapaku Pembina Jati Diri:
Satu ketika dahulu, semua yang berlaku dalam keluarga bergantung kepada bapa. Sebagai simbol kestabilan dan keharmonian keluarga, bapa banyak berkorban demi masa depan anak-anak dan kebahagian isteri. Kini, tibalah masa untuk bapa mendapat habuan yang dinanti-nantikannya - keselesaan dan ketenangan. Sandal kesihatan FitFlop dari Primer Kenrich Malaysia menepati ciri-ciri aksesori kaki impian dengan tawaran harga rendah selepas penghapusan cukai import baru-baru ini.
6. Ibuku Kekuatanku:
Sebagai ibu, wanita hebat ini berjaya mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak menjadi insan berguna. Kemahiran luar biasa ibu turut termasuk kelebihan wanita ini berdandan cantik walaupun sibuk mengimbangi kerjaya dan keluarga tercinta. Kembalikan zaman kegemilangan dan keanggunan ibu dengan jenama solekan terkemuka era lampau yang membuat kemunculan semula di pasaran tempatan baru-baru ini, Max Factor.
7. Adikku Penyimpan Rahsia:
Terbaru daripada Apple, gajet iPod Nano Multi-Touch yang direka semula hasil ilham rekaan sebelum ini adalah 46 peratus lebih kecil, 42 peratus lebih ringan dan 100 peratus direka khas untuk muzik dengan teknologi Multi-Touch. Cocok untuk si remaja yang tidak lekang daripada pilihan muzik kegemarannya.
8. Kekasihku Yang Teristimewa:
Pasangan yang sedang melayari bahtera percintaan tidak lokek berbelanja untuk satu sama lain. Ramai memilih berpakaian sedondon sebagai bukti kesatuan jiwa. Namun fesyen tidak perlu menjadi kodi (tacky) sebaliknya terdapat banyak jenama seperti Pedro yang menawarkan koleksi busana dan aksesori kasual bergaya untuk lelaki dan wanita.
9. Sahabatku Selamanya:
Sahabat yang sejati cukup sukar dicari. Berkongsi segala-galanya tanpa hasad dengki atau prejudis merupakan simbol seorang sahabat sebenar yang juga sanggup berkorban demi rakan baiknya.
Bukankah wajar jika ketulusan hatinya itu dihargai dengan pemberian manis dan diingati sepanjang hayat? Haagen-Dazs memberikan peluang kepada anda untuk meraikan persahabatan itu dengan Fondue dan Gateau istimewa.
10. Buat Rakan Sejawat:
Mereka merupakan rakan-rakan yang dianggap penting. Tanpa kerjasama rakan sejawat, tidak mungkin kita dapat melaksanakan tugas dengan baik dan berkesan. Mereka adalah ‘guru’ dan ‘bos’ tidak bertauliah, tetapi mempunyai pengetahuan dan pengalaman berharga dalam bidang masing-masing.
Tunjukkan penghargaan menjelang tahun baru ini dengan bingkai gambar digital terkini Samsung agar mereka dapat menatap wajah kesayangan mereka atau foto kenangan majlis hari jadi di pejabat!
No comments:
Post a Comment