Share Musicc Lovers

Share Musicc Chat Box

Suggest Song Here|Chatting|Report Broken Link|

online counter

SHARE MUSICC WIDGET!

Nuffnang Ads

Sungai Lui Video Rasmi

Anda dah tengok video rasmi Aizat Amdan - Sungai Lui?
jom kita tgok.


Lagu ni amat unik kerana menggunakan "angklong"  rasanya belum ada lagi kumpulan/penyanyi kat Malaysia ni yang gunakan alat muzik angklong dalam lagu.(Kalau ada pun tak banyak dan mungkin lagu bergenre tradisional saja).
Anda tahu apa itu angklong?



-Angklung merupakan sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh dalam kategori idiofon. 
-terdiri dari dua hingga empat tiub yang diikat pada rangka yang dikenali sebagai 'ancak'. 
Angklung biasanya digetarkan agar ia berlaga antara dua bahagian. 
-Angklung tidak dipukul tetapi ia menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian alat muzik ini berlaga ketika ia digetarkan.

 Asal Usul Angklong
-Muzik Angklung bermula dari Jawa Barat, Indonesia
-Alat muzik ini merupakan alat muzik perkembangan dari calung, diciptamula sebagai muzik persembahan    untuk Dewi Sri, yakni dewi hal-ehwal percucuk tanaman. 
-Muzik ini digunakan pula dalam usaha menjana kemerdekaan Indonesia sebagai muzik penyemangat khalayak ramai untuk mendukung usaha berkait.
-Angklong juga mempunyai pelbagai jenis, saiz dan bunyi yang berbeza.


Selain aizat, Baru-baru ini  Monoloque dan Atilia juga telah membuat kelainan di dalam lagu nyanyian mereka yang berjudul "kekanda adinda" dengan menggunakan alat muzik kompang  di dalam lagu tersebut.



Tahniah buat aizat dan pencipta/penulis lagu/lirik di Malaysia kerana membuat lagu baru yang menggunakan alat tradisional seperti angklong di dalam lagu/muzik.Semoga alat muzik tradisional seperti angklong,gambus,kompang,gong,sitar,tempura,serunai dan banyak lagi, tidak dilupakan oleh generasi muda hari ini yang lebih kepada muzik moden dari negara barat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...