Share Musicc Lovers

Share Musicc Chat Box

Suggest Song Here|Chatting|Report Broken Link|

online counter

SHARE MUSICC WIDGET!

Nuffnang Ads

Lirik lagu lucah, maki hamun pukimak babi anjing!

Lirik lagu lucah, maki hamun 
Hari ini ada baca surat khabar tak?? bukan surat kabar lamaaaaa... tp hari ni punya laaaa..eh Hari ini sudah tahun barulah... SELAMAT TAHUN BARU SM ucapkan pada semua.. Hari yang indah bukan?? 01/01/2011 huhu ok entry kali ni SM nk jelaskan mengenai laporan akbar tempatan hari ini yang bertajuk "Lirik lagu lucah, maki hamun" bila baca laporan tu SM terus dapat tangkap siapa band metal yang Akbar tu maksudkan.. jom kite dengarkan lagunya: 
gambar hiasan

hohohoi agak keras bukan lirik yang digunakan..underground beb..


ini lagu lain...

tapi yang SM pelik bin hairan adalah lagu-lagu ni dah lama ler... taun 2008 lagi dah berkumandang kenapa baru sekarang media nak wat laporan mengenainya? atau yang media laporkan tu band lain?? huhu

Pesaing Justin Bieber....



JB da ade pesaing :)

inilah dia Greyson chance
siapakah pesaing Justin Bieber yang SM maksud kn?? ini dia Greyson Michael Chance seorang pemuda Amerika berumur 12 tahun (2010)  dengan kelebihan bermain piano.Sama seperti Justin, memulai posting video di youtube. Greyson pada bulan April 2010 memainkan lagu Paparazzi milik Lady GaGa di Sixth Grade Music Festival yang dirakam oleh ayahnya lalu video tersebut dikirim melalui youtube dan menjadi hit dilihat hingga 30 juta orang hingga 15 Jun 2010.Dia juga memainkan 2 lagu ciptaan sendiri yang berjudul Stars dan Broken Heart yang juga di postingkan ke youtube dan dilihat 4 hingga 5 juta penonton.Namun jangan samakan Greyson dengan Justin kerana vokal nyanyian Greyson yang berbeza.Dan cara pemakaian, aliran genre muzik juga berbeza.Greyson lebih gemar bermain Piano manakalah JB lebih kepada gitar kapoknya. Usaha Greyson membuahkan hasil hingga mengantarkannya untuk tampil di acara Ellen Degenere's Show atas permintaan Ellen sendiri. Ketika tampil di acara tersebut Greyson juga mendapatkan kejutan telefon dari idolanya sendiri, Lady GaGa yang memujinya dan mendorongnya untuk terus maju.Berikut ialah single terbaru dari Greyson Chance yang berjudul "waiting inside the lines" mmg best SM suka penampilan dan kelainan Greyson chance ni....



Facebook Khairul Fahmi Che Mat di "SERANG"

huhuhu.. bertenang semua.. facebook Penjaga goal (Goal Keeper) skuad kebangsaan iaitu KHAIRUL FAHMI CHE MAT (APEX) di serang oleh rakyat Malaysia yang mengkagumi dengan pencapaian beliau. Jika di lihat di dinding facebook nye anda boleh baca jutaan ucapan terima kaseh, kagum, bangga, nasihat, dorongan dan macam2 lagi ucapan dari peminat bola sepak tanahair. Selain peminat tanahair ada juga komen dari negara jiran iaitu Indonesia yang nyata amat kagum dengan penjaga goal pasukan harimau muda didikan K.Rajagobal ini. Tahniah di ucapkan buat Apex.. Sucess sucess

FACEBOOK KFCM telah di LIKE Sebanyak 208,884  orang setakat JAM 1 PM - 1/1/2011 ini dan dijangka akan meningkat lagi ( juta2 lagi) anda dah like?? tunggu ape lagi jom pakat ramai-ramai LIKE KFCM sekarang!!! sebagai tanda penghargaan,sokongan dan terima kaseh kalian... 

Hero Harimau Malaya

Blue is the colour for Malaysia

Setiap lambang dan warna yang terdapat pada bendera Malaysia mewakili maksud-maksud tertentu. Bahagian yang berwarna biru tua di sebelah kirimelambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersatu padu serta berusaha dalam memajukan pembangunan ekonomi berasaskan sains dan teknologi canggih. Warna kuning pada lambang anak bulan dan bintang pecah 14 bermaksud kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara. Lambang anak bulan membawa maksud Islam sebagai agama rasmi negara sementara bintang pecah 14 menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Merah melambangkan keberanian dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan dan cabaran dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Manakala putih melambangkan kesucian, ikhlasan dan kesungguhan bagi mempertingkatkan ketahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.

"Baracuda" telah memalukan Indonesia di mata dunia...




 
SELAMA ini, tidak pernah tercatat dalam sejarah pemain bola sepak dibawa menaiki kereta perisai ke stadium. Bagaimanapun, ia berlaku pada perlawanan akhir Piala Suzuki AFF pusingan kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Rabu lalu seolah-olah skuad Malaysia menuju ke medan perang.
“Kami menaiki kereta perisai ke stadium. Suasana amat berlainan sekali seolah-olah mahu pergi berperang. Tetapi mental kami kuat dan tidak tunduk kepada tekanan,” kata ketua pasukan, Safiq Rahim menceritakan pengalaman pemain menaiki kereta perisai selepas Malaysia mengalahkan Indonesia dengan agregat 4-2.
Lima kereta perisai ‘Baracuda’ disediakan untuk membawa skuad negara ke stadium bagi menjamin keselamatan mereka berikutan ancaman segelintir penyokong Indonesia yang hilang semangat kesukanan.

Walaupun pemain bimbang dengan keselamatan, satu perkara yang perlu kita tabik ialah kekuatan mental mereka amat tinggi dan ini terbukti apabila mampu menyerap tekanan dalam perlawanan akhir pusingan kedua itu walaupun tewas 2-1.
Tanpa kekuatan mental kita percaya pintu gol Malaysia boleh dibolosi banyak gol berikutan asakan pasukan lawan yang mendapat sokongan 95,000 penyokong sejak awal permainan. 

Apa pun menggunakan kereta perisai untuk membawa skuad negara adalah sesuatu yang memalukan Indonesia di mata dunia kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Mungkin selepas insiden itu, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berfikir dua kali untuk memilih negara berkenaan sebagai tuan rumah berikutan tindak-tanduk liar penyokong mereka.

Mengapa terjadi demikian? Semuanya berpunca daripada provokasi melampau dan pelbagai cerita yang tidak masuk akal disiarkan oleh sebahagian media cetak dan elektronik Indonesia menjelang perlawanan akhir itu.

Ada pengamal media negara berkenaan mengetepikan etika kewartawanan tanpa langsung memikirkan kesan akibat tindakan mereka menyiarkan berita provokasi itu. Matlamat mereka hanya satu, memastikan kemenangan Sang Garuda. Ini jelas mempengaruhi sebahagian besar penyokong mereka hingga tidak menghormati langsung pasukan lawan.

Ramai penyokong mempersendakan lagu Negaraku, Jalur Gemilang dipijak dan dibakar, menggunakan kata-kata kesat seperti Ganyang Malaysia, Malingsia tanpa mengambil kira perasaan rakyat negara jiran yang selama ini dikatakan serumpun.

Sebaliknya, media Malaysia tidak langsung melatah seperti mereka malah memberikan laporan profesional sepanjang pertemuan kedua-dua pasukan. Jika media Malaysia melakukan provokasi kita percaya turut tidak disenangi rakyat Indonesia.
Pengaruh media juga menyebabkan segelintir penyokong Indonesia mengibarkan kain rentang menghina K Rajagobal dan skuad negara ketika berlatih di hotel penginapan.

“Saya tidak tahu apa salah kami sehingga dilayan begini. Ketika Indonesia berkunjung ke Kuala Lumpur kami melayan mereka dengan baik,” kata jurulatih yang berjaya menaikkan nama negara selepas memenangi pingat emas Sukan SEA tahun lalu dan Piala Suzuki, Rabu lalu.

Kebebasan bersuara yang dimiliki selepas zaman pemerintahan Presiden Suharto disalahgunakan hingga etika kewartawanan tidak ada lagi dalam kamus sesetengah media. Perkara paling menyedihkan ialah mereka mengaitkan perlawanan bola sepak dengan politik hingga sanggup membangkitkan kebencian rakyatnya kepada Malaysia.

Provokasi melampau sebahagian media Indonesia terjadi kerana mereka tidak boleh menerima kekalahan 3-0 kepada Malaysia pada perlawanan pusingan pertama lebih-lebih apabila ia dikaitkan dengan insiden laser.

Walaupun jurulatih Sang Garuda, Alfred Riedl mengatakan laser bukan punca kekalahan, mereka masih tidak dapat menerimanya.

Ini kerana sebelum perlawanan pusingan pertama media Indonesia begitu yakin bahawa Indonesia akan mengalahkan Malaysia berdasarkan kemenangan 5-1 pada perlawanan pembukaan di tempat sendiri. Kuatnya pengaruh media itu membuatkan pemain dan pegawai Indonesia seronok dibuai pujian melambung disertai dengan jemputan makan di sana sini. Perkara ini diakui oleh Riedl sendiri selepas Sang Garuda dibaham Harimau Malaya di Stadium Bukit Jalil, 26 Disember lalu.

Hakikatnya, Indonesia lebih rela kalah kepada Singapura, Vietnam atau Thailand berbanding Malaysia kerana mereka bongkak, sombong, cemburu, iri hati dan malu jika kecundang kepada negara serumpun. Provokasi mungkin tidak berlaku jika mereka bertemu negara lain. Sungguh mengecewakan.

Wahai media cetak dan elektronik Indonesia termasuk “akhbar nyamuk” belajarlah menerima kekalahan kerana ia sudah menjadi adat pertandingan ada kalah dan menang.

Yang penting mencari kelemahan sendiri bukan menutup kekalahan dengan menuding jari kepada orang lain. Malaysia yang kalah 5-1 di tangan Sang Garuda menerimanya dengan lapang dada kerana kelemahan sendiri tanpa menyalahkan orang lain.

Ubahlah mentaliti anda. Belajarlah menulis laporan secara rasional bukan atas dasar cemburu atau marah bak kata pepatah marahkan nyamuk kelambu dibakar. Di mana etika kewartawanan yang diamalkan selama ini?

Sebagai pengamal media kita tidak boleh memikirkan sensasi semata-mata sebaliknya harus mendidik pembaca kepada perkara positif, bukan mengajar mereka menjadi warga negara mentaliti kelas tiga.

Kebebasan bersuara bukan tiket untuk melaporkan sesuatu perkara mengikut perasaan. Ia perlu berlandaskan fakta dan bukti hingga dihormati orang lain. Apa gunanya kebebasan bersuara jika rakyat menjadi huru-hara hingga tidak boleh berfikir secara rasional dalam menghadapi sesuatu perkara.
 


Penulis Pengarang Eksekutif (Rencana) Harian Metro/Metro Ahad                                                             http://www.hmetro.com.my/myMetro/Section/index_html?section=Setempat

Sebulan jadi hamba Seks

HULU SELANGOR: Tiga remaja perempuan dikurung dan dijadikan hamba seks selama sebulan oleh seorang guru yoga di Kuala Kubu Baru, di sini, sebelum diselamatkan polis, Rabu lalu.
Ketika serbuan di rumah guru yoga berusia 54 tahun terbabit, polis menemui beberapa peralatan seks dan dua peket dadah dipercayai syabu.

Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy, berkata pihaknya percaya sepanjang sebulan dikurung, mangsa yang berusia 16 hingga 20 tahun dirogol berulang kali, selain didera secara seksual termasuk diikat dan dirantai pada katil.
Menurutnya, ketiga-tiga mangsa dilaporkan oleh keluarga mereka tidak pulang selepas mengikuti kelas yoga di rumah guru terbabit pada hujung November lalu. “Seorang daripada ibu mangsa membuat laporan anaknya yang berusia 16 tahun keluar bersama suspek dan selepas itu tidak pulang ke rumah. Ibu mangsa memberitahu dia menghubungi suspek, tetapi suspek enggan memberitahu di mana anaknya berada,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Norel Azmi berkata, selepas menerima laporan ibu mangsa yang juga seorang penoreh getah berusia 38 tahun pada 30 November lalu, pihaknya menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes itu.

Menurutnya, siasatan polis mendapati suspek mempunyai 11 rekod jenayah dan dia kini direman empat hari sehingga 3 Januari ini.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Dalam kes berasingan, seorang wanita berusia 22 tahun membuat laporan mendakwa dirogol rakan teman lelakinya di Pangsapuri Putra Ria, Bangsar, di sini, pada 22 hingga 27 Disember lalu.

Sumber polis berkata, sepasukan anggota forensik pergi ke lokasi kejadian semalam bagi mencari bahan bukti dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol. “Namun, polis menyiasat kemungkinan kejadian berlaku kerelaan wanita itu,” katanya.

Biodata Goal Keeper Malaysia AFF 2010

Biodata Goal Keeper Malaysia 

 tampanan Harimau Malaya...
Red Warrior
 

Nama Penuh : Khairul Fahmi bin Che Mat (apek)

Tarikh Lahir : 7Januari 1989 (21)

Tempat Lahir : Kota Bharu, kelantan, Malaysia

Tinggi : 1.70 (5 kaki 7 inci)

Posisi : Penjaga Gol

Jurulatih Individu : Ujang 9897






Jurutera mengaku gay

Klip video jurutera mengaku gay dipadam

 

-Blog kontroversi yang menyiarkan rakaman video pengakuan gay seorang jurutera Islam mengalah dan memadamkan klip video itu kononnya atas faktor keselamatan lelaki terbabit.
-Dalam posting terbaru laman terbabit, moderator blog itu menjelaskan klip video itu dipadam kerana bimbang tindakan pihak berkuasa ke atas lelaki itu.
-demi keselamatan kerana nyawanya (lelaki terbabit) diancam pelbagai komen dan blog dan pihak berkuasa keagamaan dilaporkan hendak mengambil tindakan ke atasnya,” kata moderator blog itu.
-moderator blog itu berkeras akan pempertahankan hak golongan yang bernafsu songsang seperti gay dan lesbian.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan belum menerima laporan atau aduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkenaan laman blog terbabit.

Pihak berkuasa boleh memohon kepada SKMM untuk meminta pihak pemberi perkhidmatan Internet menyekat laman web itu daripada diakses pengguna di Malaysia jika didapati melanggar undang-undang negara di bawah Seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
“Setiap laman web tertakluk kepada undang-undang negara dan untuk kesalahan menghina agama, peruntukan undang-undang yang boleh diguna pakai ialah Kanun Keseksaan dan enakmen jenayah Syariah Negeri yang dikuatkuasakan Jabatan Agama Islam bagi negeri berkenaan,” katanya.

SKMM menyeru semua pengguna siber bersikap lebih rasional dan bijak memanfaatkan kemudahan seperti Internet serta berkongsi maklumat dan informasi yang baik dan positif.


-dunia akhir zaman ;'( 

"Memang ada pancaran laser" -Mohd Sharbinee Allawee Ramli TODAY TOP NEWS!

"Memang ada pancaran laser" -Mohd Sharbinee Allawee Ramli itulah pengakuan penjaga gol kebangsaan...

READ THIS



sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Usahpedulilaser/Article/index_html

Malaysia Juara AFF Suzuki Cup 2010


 Tahniah! Syabas!  Malaysia Terbaik!
Hari ini 29 Dicember 2010 telah mencatat sejarah buat kejayaan Skuad Bola Sepak Negara dan Seluruh rakyat Malaysia di atas kejayaan skuad mengalahkan pasukan lawan Indonesia 4-2 walaupun Indonesia menang dengan jaringan 2-1 di perlawanan Akhir ke2 ini tetapi tetap kalah kepada Skuad Harimau Malaya(aggregate). Apa yang paling membanggakan ialah Skuad Malaysia tidak menggunakan permain import dan hasilnya amat mengkagumkan.. 
Meski pun indonesia tewas, pujian juga perlu diberikan kepada mereka kerana Indonesia & Malaysia ialah negara Asia yang telah menunjukkan mutu permainan yang cukup baik dan menarik di dalam setiap perlawanan
Harimau Malaya telah menunjukkan belang dan Taringnya
Tahniah rakyat Malaysia!

Tahniah K.Raja Gobal selaku Jurulatih pasukan Malaysia

Tahniah Skuad Bola Sepak Kebangsaan @ Harimau Malaya !
Tahniah Mohd Safee Mohd Sali penjaring terbanyak AFF SUZUKI 2010!

Tahniah! Khairul Fahmi Che Mat Selaku Penjaga Goal Malaysia!
Lumayan beb....

Video Kecurangan supporter indonesia Final Leg 2 AFF Suzuki 2010

Nah.. udah jelas... penyokong indonesia tidak supportif main curang ya...








"SAYA KENA LASER, SAYA OK" - KHAIRUL FAHMI CHE MAT (MALAYSIAN GOAL KEEPER)

Aktres seksi terkenal Indonesia mahu guna Laser sendiri....

Usaha ganggu tumpuan pada perlawanan akhir Piala Suzuki


JAKARTA: Aktres seksi terkenal Indonesia, Julia Perez (atas) yang terkenal dengan panggilan 'Jupe' berikrar mengganggu tumpuan pemain Malaysia dalam perlawanan kedua final Piala Suzuki AFF di sini, esok. Jupe kesal dengan tindakan peminat bola sepak Malaysia mengganggu pemain Indonesia dengan melakukan ‘serangan’ laser ketika perlawanan pertama di Stadium Bukit Jalil, Ahad lalu.
Oleh sebab itu, dia akan membalas dendam dengan mengenakan pakaian seksi yang nampak dada bagi mengalihkan perhatian anak didik K Rajagobal.

Perkara itu disuarakannya ketika dihubungi wartawan Indonesia yang kemudian membuat soalan susulan sejauh mana dia serius dengan hal berkenaan.


“Ya, saya serius. Biar semua pemain bola sepak Malaysia buta. Saya akan pakai baju belahan dada supaya mereka buta. Ini adalah laser ciptaan saya,” katanya lagi.


laser murahan 2 singgit... :P

Indonesia & Vietnam "Hack Website Malaysia" Cyber Attack!! (AFF 2010)

Oleh kerana rasa tidak puas hati dan marah dengan kekalahan mereka pada perlawanan lepas(AFF Suzuki Cup)dengan alasan sinaran pancaran laser hijau yang dipancarkan oleh penyokong Malaysia, para hackers dari Indonesia dan Vietnam telah menyerang beberapa website di Malaysia sebagai tanda balas dendam...
Tonton Video ini


Tonton Video ini


Lihat gambar website yang telah di "Hack" 
(Klik untuk tumbesaran)
Antara page yang di hack : http://malay.dhootmarbles.com/
Antara page yang di hack : http://www.forum.com.my/
 dan banyak lagi...


kesahihan masih diragui dan Persoalannya,
adakah benar Website yang dihack tersebut benar-benar dari Malaysia??
atau sekadar rekaan untuk menakut-nakutkan??
ataupun hanya sekadar publisiti murahan...??
.


Kalau Cinta – Aliff Aziz & Joanna (KORD GUITAR ) (PASSWORD)

Kalau Cinta – Aliff Aziz & Joanna (Kord Gitar)





Password : hantukaklimah

 download chord guitar here : DOWNLOAD

They Will Kill Us All - The Great Glass City





Share Musicc


Press ctrl + C to Copy html embedded music code
and ctrl + V to put on your Blog or Website



All Music are property and copyright of their respective owners
All Music are provided for informational and educational purposes only

Zack ft Yuyun - Hey!





Share Musicc


Press ctrl + C to Copy html embedded music code
and ctrl + V to put on your Blog or Website



All Music are property and copyright of their respective owners
All Music are provided for informational and educational purposes only

They Will Kill Us All - Bright Lights





Share Musicc


Press ctrl + C to Copy html embedded music code
and ctrl + V to put on your Blog or Website



All Music are property and copyright of their respective owners
All Music are provided for informational and educational purposes only

The Times-Khayal Khayalan





Share Musicc


Press ctrl + C to Copy html embedded music code
and ctrl + V to put on your Blog or Website



All Music are property and copyright of their respective owners
All Music are provided for informational and educational purposes only

Luvia - Jangan Menangis Untukku





Share Musicc


Press ctrl + C to Copy html embedded music code
and ctrl + V to put on your Blog or Website



All Music are property and copyright of their respective owners
All Music are provided for informational and educational purposes only

The Times – Spektakular






Share Musicc


Press ctrl + C to Copy html embedded music code
and ctrl + V to put on your Blog or Website




All Music are property and copyright of their respective owners
All Music are provided for informational and educational purposes only

Malaysia Supporter Laser Cheat!

Malaysia telah menang mudah menewaskan indonesia 3-0 di perlawanan AFF Suzuki Cup 2010.. indonesia telah membangkitkan isu laser yang kita telah sedia maklum bahwa mereka yang menggunakan laser pada perlawanan sebelum ini. Dan ada yang mengatakan bahwa laser yang dipancarkan semalam datang dari Penyokong indonesia sendiri yang tertekan dengan kekalahan 3-0 (Di Malaysia hanya ada laser merah laser hijau hanya ada di indonesia)..

 Benarkan sinaran tersebut ialah sinaran laser atau sinaran itu terhasil dari pantulan cahaya di kepala markus yang licin dan berkilat sekali...

Watch this!

Nah.. Segalanya sudah terjawab bukan... Siapa yang maen laser bermula dari awal perlawanan??Perlawanan tersebut di adakan di Stadium Gelora Bung Karno pada 1 Dicember yang lepas.. video ini hanya 2 minit saja daripada 90 Minit masa perlawanan.. fikirkanlah... kerana itulah indonesia menang besar di sana...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...