Helo! selamat Sejahtera semua... maaf SM agak sibuk kebelakangan ini, korang da tengok ke blum muzik video klip hafiz AF7 yang berjudul Awan Nano! SM suka dengan lagu hafiz ini dan kalau tgok MV ni lagi la suka, gandingan mantap penyanyi/pelakon lama iaitu Herman Tino
Bagi sesiapa yang tak kenal siapa herman tino ni, di sini SM ada sedikit info (biodata) mengenai HERMAN TINO
14 tahun menyepi, Herman Tino kembali juga ke bidang seni.
Bagi mereka yang tidak mengenali penyanyi 'senior' Herman Tino khususnya golongan muda, sudah pasti ramai yang beranggapan bahawa penyanyi ini berasal dari Indonesia.
Bukan sahaja nama, malah caranya berkata-kata juga mirip dengan masyarakat Indonesia. Namun jangan salah faham kerana Herman Tino atau nama sebenarnya, Masrun Tamsi sememangnya warganegara Malaysia dan dilahirkan di Tanjung Karang, Selangor.
Katanya dia tidak kisah jika ada individu yang terkeliru kerana sejak dahulu lagi dia sering ditanya dengan perkara tersebut. Malah dia berasa bangga kerana dilahirkan sebagai anak orang Jawa.
Pihak media yang berpeluang mendekati penyanyi, komposer dan pemuzik yang kini berusia 55 tahun itu baru-baru ini, tidak melepaskan peluang untuk bertanya khabar serta perancangan terbaru kerjaya seninya. Apatah lagi dia telah sekian lama tidak mewarnai dunia seni dengan karya terbarunya.
"Kali terakhir saya merakamkan album adalah pada tahun 1990 yang berjudul 'Apa Dosaku'. Selepas album tersebut, selama 14 tahun saya menyepikan diri daripada dunia seni.
"Baru kini saya kembali, itupun setelah dipujuk oleh penyanyi muda Heliza yang mahu melihat saya terus menyanyi. Kini saya bernaung di bawah syarikat rakaman Heliza Helmi Productions (HHP) dan bakal tampil dengan ‘single’ terbaru, "Amit-Amit Jabang Bayik" atau dalam bahasa Melayu, "Minta Dijauhkan".
"Saya sebenarnya sudah penat menyanyi dan dalam masa yang sama tidak mahu menghabiskan duit orang lain untuk menghasilkan 'single' dan album saya. Namun selepas dipujuk dan mungkin juga kerana saya masih mempunyai dua helai kain pelikat yang belum dipakai, saya gagahkan juga diri untuk menyanyi," katanya lancar.
Diminta bercerita mengenai misteri 'kain pelikat' yang dinyatakan, Herman Tino yang mula menyanyi sejak berusia 15 tahun itu memberitahu, kain pelikat yang selalu digunakannya untuk membuat persembahan langsung tiada unsur mistik atau misteri. Ianya cuma kain pelikat pemberian arwah ibunya dan mempunyai ceritanya yang tersendiri.
"Ketika zaman bujang saya memang seorang yang teruk. Mungkin kerana sikap yang mudah terikut-ikut dengan kawan. Kain pelikat itu saya dapat daripada arwah ibu untuk saya gunakan semasa pergi bersembahyang raya.
"Tetapi saya tidak pernah pergi kerana tidur. Itu bermakna sembilan tahun saya tidak bersembahyang raya dan ibu saya tidak pernah membenarkan saya memakai kain pelikat tersebut. Sehingga kini saya tidak pernah memakainya dan sejak itu terdetik di hati saya bahawa saya hanya akan menjadi penyanyi setelah memiliki sembilan album.
"Sebelum ini saya telah menghasilkan tujuh album dan untuk 'single' terbaru, saya akan gunakan kain pelikat yang kelapan. Jika saya tidak sempat untuk menghasilkan sembilan album, mungkin saya akan berikan kain pelikat itu kepada anak saya supaya dia dapat menamatkannya," ujarnya yang lebih banyak melakukan kerja-kerja sendiri ketika 14 tahun menyepikan diri daripada dunia seni.
13 tahun siapkan lirik lagu
Bercerita mengenai perkembangan kerjaya seninya, Herman Tino yang juga pernah membintangi filem 'Tak Ori Tapi Ok' pada tahun 2005 memberitahu, 'single' terbarunya dihasilkan dengan kerjasama komposer berbakat, Mohammad Atlas.
Katanya lagu "Amit-Amit Jabang Bayik" itu telah dihasilkan oleh mereka sejak 13 tahun lalu. Namun baru lima bulan lepas, korus lagu tersebut berjaya disiapkan sepenuhnya.
"Untuk menghasilkan lagu tersebut, saya dan Mohammad Atlas berkereta selama empat jam. Namun ilham tidak muncul-muncul juga. Kini setelah sekian lama barulah saya berjaya menyiapkannya.
"Lagu ini lebih bersifat kemasyarakatan dan memberikan nasihat. Rasanya sejak dahulu lagi saya memang sinonim dengan lagu-lagu bercorak sedemikian," tambahnya.
Ditanya sama ada dia yakin kehadirannya dapat diterima lantaran pasaran muzik masa kini yang sudah terlalu banyak berubah, dia tetap optimis lagu-lagu yang dinyanyikannya mempunyai peminatnya yang tersendiri. Namun dia menafikan jika ada tanggapan yang mengatakan dia tampil semata-mata untuk mencipta populariti.
"Saya kembali dalam bidang seni bukanlah untuk mencari populariti atau glamor. Ini kerana era itu sudah berlalu bagi saya. Sebelum ini saya pernah berduet dengan ramai penyanyi popular termasuklah Datuk Sharifah Aini, Aishah dan Jalil Hamid.
"Jadi jangan anggap kembalinya saya adalah untuk mencabar sesiapa. Sebaliknya hanya memenuhi permintaan dan dalam masa yang sama saya masih menyayangi bidang seni," jelas bapa kepada dua cahayamata itu serius.
Share Musicc Lovers
Background music code|Lyrics| Website|Favourite Song|MP3|Today Top News|Tips
SHARE MUSICC WIDGET!
Nuffnang Ads
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment