Share Musicc Lovers

Share Musicc Chat Box

Suggest Song Here|Chatting|Report Broken Link|

online counter

SHARE MUSICC WIDGET!

Nuffnang Ads

Ain AF8 Hilang Duit RM3,000


Peserta Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8), Nadiawati Ainul Basir, 24, yang lebih dikenali sebagai Ain berputih mata apabila RM3,000 wang miliknya lesap ketika menghadiri pertandingan boling dianjurkan pusat beli-belah di Wangsa Maju, di sini kelmarin.
Difahamkan, pertandingan selama tiga jam itu dianjurkan bagi meraikan ahli kelab peminatnya dan Ain yang sedang meningkat naik dalam bidang nyanyian selepas menyertai AF8 itu turut menyanyikan beberapa lagu bagi menghiburkan mereka yang hadir.


Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Ain berkata, dia tertinggal beg bimbitnya di tempat duduk pemain.
Menurutnya, dia tertinggal beg itu kerana bergegas naik ke pentas selepas diminta menyanyikan lagu bagi menghiburkan mereka yang hadir.


“Belumpun selesai menghiburkan mereka, pihak penganjur membuat pengumuman mengatakan sesiapa yang kehilangan beg tangan diminta menuntutnya di kaunter.


“Selepas habis menyanyi, saya bergegas ke kaunter bagi melakukan pemeriksaan dan mendapati sememangnya beg bimbit yang dimaksudkan itu milik saya,” katanya ketika dihubungi, , semalam.
Artis berasal dari Sabah ini berkata, dia memeriksa beg dan mendapati wang tunai yang disimpan hilang.


“Ketika itu, saya hanya mampu terdiam dan selepas berbincang dengan rakan yang berada di situ, mereka menasihatkan supaya membuat laporan polis,” katanya.
Ain berkata, dia ke di Balai Polis Wangsa Maju, membuat laporan.


“Saya tidak menaruh syak kepada sesiapa pun terutamanya peminat. Walaupun harapan untuk mendapatkan semula wang berkenaan tipis, saya berharap individu bertanggungjawab memulangkan semula wang berkenaan.


“Difahamkan, pihak berkuasa sedang berusaha bersungguh-sungguh bagi mengenal pasti individu bertanggungjawab,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...