Share Musicc Lovers

Share Musicc Chat Box

Suggest Song Here|Chatting|Report Broken Link|

online counter

SHARE MUSICC WIDGET!

Nuffnang Ads

Kejutan di Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25)

Salam semua, 1st skali SM nak ucapkan terima kaseh kepada Pihak media prima (TV3) sebab buat online streaming dimana SM dapat tonton AJL-25 secara online :) Maklum la, tak sempat nak balik rumah.. dapat tengok online best sangat!

ok beralih kepada tajuk tadi, seperti kita sedia maklum setiap tahun di AJL pasti ada finalis yang akan membuat KEJUTAN dan membuat persembahan yang menarik!!! tapi pada tahun ni boleh dikatakan semua finalis membuat kejutan jom kite view satu per satu....apa yang menarik (tarian Pelik), mengejutkan (Masuk dalam Air).. menyakitkan (kena penampar) dan menyedihkan (dah mati tinggal roh merayau-rayau) -Sila Klik untuk tumbesaran Gambar

Yuna nampak berbeza, kali ini yuna menyanyikan lagu Cinta Sempurna dengan menggunakan Keyboard dan SM tertarik dengan baju yang yuna kenakan sangat cantik.

Tomok berimej rambut agak kemas dan membuat garisan di sebelah kiri kepalanya  membuat kelainan pada rentak lagunya sedikit, dan menari seakan-akan boy band SS501
dengan muka yang berdarah, baju yang koyak rabak Kumpulan A.P.I seperti berada di  alam peperangan! yang menarik perhatian SM adalah Lan AATT telah patah tangan dan di penghujung lagu, mereka semua jatuh.. seolah mati... 



Hahaha, di awal persembahan SM jangkakan shahir hanya mempamerkan persembahan biasa, ternyata shahir juga turut membuat kejutan di mana di akhir lagu.. shahir di lempang (tampar) dengan laju dan kuat oleh kekasihnya...tak sangka Shahir kena lempang sebegitu rupa.. (kuat tuh mesti sakit

Meet Uncle Hussain & Black menyanyikan DRAMA KING menggunakan penari yang memakai solekan di muka jika dilihat solekan salah seorang penari tersebut lebih kurang sama macam solekan LAN ketika di AJL 23 - Lagu untuk mu.. heh....tak percaya? Klik Gambar ni kasi besar!
Hafiz yg telah menang vokal terbaik  dan tempat ke3 AJL, turut membuat kejutan di mana dia seolah di tembak dan serta merta jatuh dan sempat menyalin pakaian dari merah kepada warna putih seolah-olah telah menjadi roh dan merayau-rayau di atas pentas.. 

Ok ini dia juara kita, Ana raffali pada mulanya telah dikurung oleh seorang jejaka kemudian lelaki tersebut akhirnya melepaskannya dan di akhir lagu ana raffali dan jejaka itu mengangkat tangan seolah memohon doa dan beberapa penari yang menyerupai makhluk pelik telah dihalau pergi dengan mudah.. agak mendalam maksud persembahan ini.. huhu

Faizal tahir mendendangkan lagu Selamat Malam, sebuah persembahan yang amat sweat bak kata Faizal ismail hehe mmg sweet la sebuah persembahan yang mengingatkan kita pada kekeluargaan dari saat mengandung, bersama anak, bersama isteri tercinta, dan di saat tua.. tahniah FT persembahan yang bermakna sekali.

Adira kelihat comel sekali dengan potongan rambut yang bulat kena dengan bentuk mukanya, ketika membuat persembahan adira telah menaiki buaian yang diangkat tinggi ke atas di samping penari yang memakai baju merah menari.Sambil merasa tak larat untuk mengangkat adira naik.. berat kot :P
Bunkface : pada tahun ini kumpulan anak muda ini agak "simple" tapi tetap bertenaga, sedikit ubahan arrangement lagu dan mereka juga menunjukkan kebolehan masing-masing terutamanya pada gitaris utama..
persembahan black pada malam itu agak menenangkan(Sofea Jane), dia menyanyi dengan penuh ketenangan di raut wajahnya sambil menyanyikan lagu pada note/ key yang tinggi pentas juga dihiasi dengan dedaun yang menjalar sambil di penuhi dengan asap putih yang tebal..(SM jangka Black Menang Kategori Vokal terbaik tp tak)
ok! ini dia Juara bagi kategori persembahan terbaik! Faizal Tahir telah membawa kita hanyut bersama apabila basah di dalam kurungan seperti penjara. Pada pendapat SM, ketika faizal tahir jatuh di dalam air yang kita lihat itu hanyalah skrin besar mungkin telah dirakam terlebih dahulu...  dimana FT hanya jatuh di dalam tempat yang kering dan hanya di simbah dengan air dan naik semula ke atas :P apapun terima kaseh FT anda telah membuatkan kami sering menanti-nantikan  persembahan dari anda.Tak sia-sia kena simbah dengan air dapat gak persembahan terbaik :P
Stacy kelihatan seperti perempuan jepun apabila mengenakan pakaian dan ikatan rambut yang panjang. Seperti biasa gadis ini akan menyanyi dengan baik sambil menari bersama penarinya. Ingat, bukan mudah menari sambil menyanyi pujian harus diberikan wat stacy memang best..
ok Akhir sekali ...Hujan! membuat persembahan yang dipenuhi dan dihiasi dengan API dan BUNGA API.... permulaan persembahan dimulakan dengan percikan bunga api yang menyerupai simbol FREEMASON  iaitu simbul V (Masonic symbol)  memercik ke atas huhu..


ok ini sahaja review SM di Anugerah Juara Lagu akhir yang ke 25 buat anda semua, ingat segala penulisan di atas hanyalah sekadar luahan coretan SM secara peribadi, SM takda la pakar mana nak menilai persembahan pun ok. Mungkin tak benar dan tak sama dengan pendirian anda..  so sila la komen...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...