Share Musicc Lovers

Share Musicc Chat Box

Suggest Song Here|Chatting|Report Broken Link|

online counter

SHARE MUSICC WIDGET!

Nuffnang Ads

Ulasan M.Nasir selaku ketua Juri AJL-25



 Salam semua, AJL-25 sudah pun melabuh tirainya tetapi masih ada cakap-cakap belakang yang masih tidak berpuas hati dengan pemilihan Anugerah Juara Lagu yang telah dipilih oleh Ketua Juri pada kali ini iaitu Sifu M.Nasir.Pelbagai spekulasi dilemparkan dan keadaan semakin tegang apabila ada peminat fanatik artis finalis yang tidak berjaya merangkul juara menubuhkan akaun facebook menepis keputusan para juri.

Berikut adalah sedikit ulasan ketua Juri AJL-25:

M.Nasir berkata lagu nyanyian Ana Raffali itu bersifat sensitif, peribadi dan jujur.

“Lagu itu mempunyai rasa. Itu yang penting dan yang kita cari sebenarnya. Sama ada betul atau salah, keputusan itu dibuat dengan penuh kesedaran, penuh pengetahuan muzik, cita rasa dan pembaharuan.

“Lagu ini dikategorikan sebagai lagu terbaik tetapi mungkin penonton rasa lagu ini tidak ‘besar’. Saya melihat kepada kekuatan lirik dan lagunya. Ada kebanyakan lagu yang lemah pada lirik atau lagu dan kedua-duanya,” kata M. Nasir pada sidang media selepas acara itu di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, malam Ahad lalu.
Biarpun keputusan sudah dilakukan, M. Nasir sedar pasti ada pihak yang akan membuat pertikaian.

“Saya suka pesona melodi dan kejujuran lagu ini berbanding lagu lain. Lirik lagu Tolong Ingatkan Aku lain dari yang lain dan bagus.

“Sebagai ketua juri, saya memilih lagu dan lirik yang bagus dan bukan yang popular,” ujarnya lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan yang ditemui berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat kerana segala-galanya adalah terletak di tangan juri.
“Semua kena tanya M.Nasir," katanya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...