Kate dan Jonathan mangsa keadaan |
Berasal dari Wellingborough, Northamptonshire, Kate, 30, berkata dia terkejut apabila dihalang daripada memasuki laman sesawang popular itu.
“Mereka menyangka saya menipu dengan menggunakan nama bakal ratu
Menurut Kate, dia amat kesal apabila mendapat tahu punca dia tidak diterima memasuki Facebook.
Menganggap sekatan itu sebagai mengarut, Kate berkata, jika Facebook menyiasat terlebih dulu, pasti salah faham itu boleh dielakkan.
“Gambar profil yang digunakan adalah gambar saya dan ia sama sekali bukan kekasih William.
“Ini tidak boleh diterima langsung,” katanya.
Sementara itu, teman lelaki Kate - secara kebetulan - mempunyai nama sama seperti penyampai televisyen popular di Britain, Jonathan Ross.
Kata Ross, mungkin disebabkan Kate menyatakan kini sedang menjalin hubungan dengannya, Facebook menyangka akaun teman wanitanya itu palsu.
No comments:
Post a Comment