Share Musicc Lovers

Share Musicc Chat Box

Suggest Song Here|Chatting|Report Broken Link|

online counter

SHARE MUSICC WIDGET!

Nuffnang Ads

Justin Bieber alami "insomnia"


Ketika ramai remaja perempuan bermimpi tentang Justin Bieber, penyanyi sensasi itu menghadapi masalah untuk tidur.

Remaja berusia 16 tahun itu memberitahu majalah Vanity Fair ada kalanya dia menghadapi masalah insomnia. Bieber berkata mindanya ligat berfikir pada waktu malam dan ia berlaku kerana dia mula memikirkan perkara yang tidak sempat difikirkan pada waktu siang seperti keluarganya dan Tuhan. Bieber berkata, dia tidak mempunyai banyak masa untuk memikirkan perkara penting ini kerana dia sibuk dengan hal lain pada waktu siang.


Album Bieber ‘My World 2.0’ yang mencapai jualan multi-platinum meraih kategori album pop terbaik dalam Anugerah Grammy. Penyanyi itu turut memenangi anugerah artis baru terbaik.
Majalah Vanity Fair keluaran Februari akan berada di pasaran pada 6 Januari di New York dan Los Angelesdan 11 Januari di seluruh Amerika Syarikat. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...