Share Musicc Lovers

Share Musicc Chat Box

Suggest Song Here|Chatting|Report Broken Link|

online counter

SHARE MUSICC WIDGET!

Nuffnang Ads

Pesanan terakhir Arwah Faizal Yusof


Salam semua, sesungguhnya hidup dan mati di tangan Tuhan.. Kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan. SM agak sedih dengan berita kehilangan pelakon yang sedang meningkat naik ini namun apa yang boleh kita lakukan? segalanya sudah ketentuan Tuhan..Hidup perlu diteruskan.. Marilah bersama-sama kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham semoga beliau tergolong dikalangan orang yang beriman Insyallah, Ameeen..

Dia yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sempat menemui anak pertamanya, Muhammad Rayyan Hakhaie yang berusia dua tahun hasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya, Siti Nordiana Alias, 25, sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi Rosmunira.

Menurut Saiful, doktor mengesahkan arwah mengalami masalah jantung apabila satu saluran pada jantungnya tersumbat.

Sementara itu, Siti Nordiana atau Nana berkata, Faizal  ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2. 

“Saya memasang pembesar suara dan mendengar perbualan mereka. Malah, arwah ada menyebut kepada anak saya supaya jangan nakal dan menyuruhnya menjaga saya.

“Mulanya, saya terfikir akan jadi sesuatu. Namun saya menolak pelbagai perkara negatif kerana tidak mahu menyangka yang bukan-bukan. Namun, Allah lebih menyayanginya,” katanya ketika ditemui di hospital, semalam.


Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirikan rumah tangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu. 

dikesempatan ini SM ingin mengucapkan salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...